BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 23, 2009

Program Tahfiz Di Taman Tamadun Islam




Alhamdulillah.....

~23 November 2009 hingga 22 November 2009
Hari yang amat mengembirakan anak2 iaitu Hari Cuti Persekolahan yang begitu panjang..
Tapi mereka meluangkan masa2 mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah..

Oleh itu, dengan berfikiran yang terbuka...Fikirkanlah dengan jelas tentang setiap perkara yang
anda lakukan adalah berfaedah ataupun sebalikya...

Saya sekarang menyertai satu program yang amat memuaskan hati dan mendatangkan faedah serta mendatangkan pahala dari Allah S.W.T.
Iaitu salah satu program berasaskan keagamaan...
(PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID KRISTAL)
Menurut saya,program ini adalah satu program yang bagus..Kerana ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar Pada Musim Cuti Akhir Tahun untuk meluangkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mendatangkan keberkatan serta pahala dari Allah S.W.T.

Program ini diadakan untuk :

~Melahirkan generasi Hafiz dan Hafizah yang berilmu dan berakhlak berlandaskan Al-Quran sebagaimana junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

~Memberi galakan kepada generasi muda untuk membudayakan aktiviti hafazan Al-Quran.

~Mendisiplinkan anak-anak dengan adab Al-Quran dan disiplin Masjid.

~Mengisi masa masa cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti keagamaan.
"MASA ITU EMAS"
_________________________________________________
Program ini diadakan setahun sekali... Kalau berminat Join La Sekali!
Tahun Depan Ada Lagi...

0 comments: